Sunday, July 31, 2011

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

(Senghaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah SAW, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-
Quran.

Malam ke 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah SWT. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.

SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

http://adf.ly/1okqV

KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :

Nabi bersabda :

[ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ]
Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi bersabda :

[ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ]

Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]

Nabi bersabda :

[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]

Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka ” [HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,
Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ”
[HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]

Oleh Ustaz Fathul Bari
http://adf.ly/1okqV

KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :

Nabi bersabda :

[ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ]
Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi bersabda :

[ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ]

Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]

Nabi bersabda :

[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]

Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka ” [HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له ]

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,
Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ”
[HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]

Oleh Ustaz Fathul Bari
http://adf.ly/1okqV

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :

Nabi bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :

Nabi bersabda :

[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]

Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “
[HR Al-Bukhari : 2637]



http://adf.ly/1okqV

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

Allah berfirman :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :

Allah berfirman :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Nabi bersabda :

[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]

Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

http://adf.ly/1okqV

Kelebihan Berpuasa

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Selamat Berpuasa

http://adf.ly/1okqV

Thursday, July 28, 2011

Puisi Tradisional (Seloka Si Luncai)

Maksud

Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.

Tema

Sikap negatif menyebabkan kerugian

Persoalan

1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.

Bentuk

1. Mempunyai satu rangkap sahaja.
2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)

Gaya Bahasa

1. Anafora
Contoh:
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilataih

2. Repitisi
Contoh:
Biarkan...biarkan

3. Unsur bunyi
Contoh:
Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’)
Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan ‘n’)

Nilai

1. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

2. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
http://adf.ly/1okqV

Arkitek Kota (SN Muhammad Hj Salleh)

Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.

Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

Persoalan

1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.

Bentuk

1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab

Nada

Sinis

Gaya Bahasa

1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim

2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik

3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan

4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi

5. Kata ganda
Contohnya : berbagai-bagai

6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim

7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar

Nilai

1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota.
3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
http://adf.ly/1okqV

Monday, July 25, 2011

Karate Girl (2011)

Karate Girl (2011) DVDRip AC3 with English Subtitles

I HAVE BEEN WAITING FOR THIS ONE FOR WEEKS – ONLY NOW ARE THE ENGLISH SUBTITLES AVAILABLE SO ENJOY THIS NEW MARTIAL ARTS MOVIE FROM JAPAN!

In Okinawa, Ayaka Kurenai was born in the world’s greatest legendary Karate family. When she was a child, her family was attacked by a mysterious gang that seeks legendary black belt. Her father Soujiro Kurenai was killed and her younger sister was taken in front of her. Time has passed. In Yokohama, she was spending her life as a normal high school girl, hiding her real name and her status as a heir of the legendary Karate family. However, one incident brought her a fateful encounter with her sister who was separated in their childhood. But, her sister was raised as a heartless killing machine by the mysterious gang who took her…

DOWNLOAD Karate Girl (2011) DVDRip AC3 with English Subtitles
FAST DIRECT AND WITHOUT LIMITS
http://www.filesonic.com/file/1514233894/KarateGirl.part01.rar
http://www.filesonic.com/file/1514233874/KarateGirl.part02.rar
http://www.filesonic.com/file/1514233904/KarateGirl.part03.rar
http://www.filesonic.com/file/1514233884/KarateGirl.part04.rar
http://www.filesonic.com/file/1514240534/KarateGirl.part05.rar
http://www.filesonic.com/file/1514240554/KarateGirl.part06.rar
http://www.filesonic.com/file/1514240524/KarateGirl.part07.rar
http://www.filesonic.com/file/1514240544/KarateGirl.part08.rar

http://www.allyoulike.com
http://adf.ly/1okqV

Captain America The First Avenger (2011)

HERE GOES THE FIRST RELEASE FOR CAPTAIN AMERICA! THE VIDEO QUALITY IS IMPRESSIVE AND BETTER THAN A TELESYNC! CHECK OUT THE SAMPLE VIDEO BELOW

After being deemed unfit for military service, Steve Rogers volunteers for a top secret research project that turns him into Captain America, a superhero dedicated to defending America’s ideals.

DOWNLOAD Captain America The First Avenger (2011) Cam – Very Good Cam Copy! FAST DIRECT AND WITHOUT LIMITS
http://www.filesonic.com/file/1518259141/CaptA.Cam.part01.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259151/CaptA.Cam.part02.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259161/CaptA.Cam.part03.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259171/CaptA.Cam.part04.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259181/CaptA.Cam.part05.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259191/CaptA.Cam.part06.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259201/CaptA.Cam.part07.rar
http://www.filesonic.com/file/1518259211/CaptA.Cam.part08.rar

http://www.allyoulike.com
http://adf.ly/1okqV

Sunday, July 24, 2011

Syair Pemberontakan Patani

Maksud

Rangkap 1:
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Rangkap 2:
Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3:
Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4:
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Rangkap 5:
Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6:
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7:

Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Rangkap 9:
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10:
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.

Tema

Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.

Persoalan

1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.

Bentuk

1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.

Gaya Bahasa

1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.

2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)

3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)

4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.

Nilai

1. Nilai kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara

2. Nilai amanah
Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.

3. Nilai cinta akan negara
Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.

Pengajaran

1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

http://adf.ly/1okqV

Puisi Tradisional (Syair Makna Riak)

Maksud
Rangkap 1:

Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.

Rangkap 2:

Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Rangkap 3:

Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Rangkap 4:

Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Rangkap 5:

Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Rangkap 6:

Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.

Rangkap 7:

Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Rangkap 8:

Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.

Tema
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.

Persoalan
1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah.

Bentuk
1. Rima akhir aaaa.
2. Syair ini mengandungi lapan rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.

Gaya Bahasa
1. Diksi (Bahasa Arab)
Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.

2. Simile
Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.

3. Asonansi
Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’)

4. Aliterasi –
Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)

5. Inversi
Contoh – akan dunia tidak peduli.

Nilai
1. Nilai kesyukuran
Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.

2. Nilai kesederhanaan
Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.

Pengajaran
1. Kita janganlah bersifat riak.
2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita.
3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.
5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.

http://adf.ly/1okqV

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan

Pilih satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji, kemudian huraikan tiga sifat positif yang ada pada watak tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak - Datuk Maharaja Lela

1. Bijaksana - Sebagai penghulu Kampung Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela merupakan
seorang pemimpin yang. bijak, terutama dalam mengatur strategi untuk bertempur dengan
orang-orang Inggeris. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu dengan menyerang wakil Inggeris yahg sedang membina pondok. Hanya selelah pondok
tersebut siap, barulah beliau bertindak membakar pondok tersebut.

2. Cinta akan tanah air- Demi perasaan cintanya yang kuat akan tanah air, Datuk Maharaja Lola sanggup berjuang bermati-matian dalam mempertahankan Kampung Pasir Salak
daripada jatuh ke tangan Inggeris.

3. Berani - Sifat berani yang ada dalam diri Datuk Maharaja Lela menyebabkannya tidak
pernah berasa gentar dalam menghadapi orang Inggeris. Beliau bukan sahaja tidak
menghiraukan arahan pihak Inggeris yang mahu menjalankan sistem pungutan cukai secara
paksa di Pasir Salak, malahan telah mengarahkan pengikut-pengikutnya agar mengoyakkan
surat pernyataan cukai yang ditampal oleh pihak Inggeris sebagai tanda protes terhadap
arahan tersebut.


Zon 2: Timulak Kapal Perang – Paduka Mat Salleh

1. Bertanggungjawab - Atas dasar tanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak buahnya.
Mat Salleh sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Pak Cik Tidung
ditangkap dan ditahan oleh pihak Inggeris di Pulau Gaya.

2. Tegas pendirian - Sewaktu wakil Inggeris Paduka Mat Salleh supaya menyerahkan daerah Inaman kepada pihak Inggeris, beliau tidak akan menyerahkannya. Sebaliknya, beliau semakin berazam untuk mempertahankan itu daripada jatuh ke tangan Inggeris.

3. Bijak dalam melaksanakan tanggunjawab pemimpin - Paduka Mat Salleh mangatur stategi
untuk bertempur dengan orang-orang Inggeris walaupun pihak Inggeris telah berundur,
Beliau tetap mengarahkan pengikut-pengikutnya bersiap sedia dan memperkuat jentera
serangan kerana beliau yakin bahawa orang-orang melakukan serangan balas terhadap
pasukan mereka.


Zon 3: Tragedi Empat Disember - DSP Yazid

1. Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab - DSP Yazid melaksanakan tugasnya dalam
menyiasat kes rampasan kapal terbang yang mengorbankan kesemua penumpang termasuk
abangnya sendiri dengan penuh amanah dan tidak dipengaruhi oleh emosi.

2. Sabar dan tenang - Berita rampasan kapal terbang dan kematian abangnya dalam tragedi tersebut bukan sahaja tidak melemahkan semangat DSP Yazid dalam melaksanakan
tugasnya malahan beliau terus berusaha untuk mengetahui punca kejadian, seterusnya
menyiasat kes tersebut sehingga selesai. Beliau juga sangat tabah dalam menghadapi dugaan itu biarpun abangnya sendiri turut terkorban dalam tragedi tersebut.

3. Bertanggungjawab - Sifat bertanggungjawab ini terserlah apabila DSP Yazid sentiasa mengambil berat terhadap keluarga abangnya dengan sentiasa berada bersama-sama kakak
ipar dan anak-anak saudaranya sewaktu upacara pengebumian dijalankan.


Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa - Penghulu Ismail

1. Bertanggungjawab - Sebagai seorang datuk yang bertanggungjawab, beliau telah mengambil Hassan daripada jagaan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menjaga Hassan dengan baik setelah kematian ibunya. Penghulu Ismail telah menjaga Hassan dengan penuh kasih sayang.

2. Mementingkan ilmu - Walaupun beliau tidak membenarkan Hassan belajar di sekolah
Inggeris, beliau tetap mengutamakan ilmu. Hassan dihantar belajar di sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama. Hassan juga digalakkan belajar ilmu mempertahankan diri.

3. Rajin - Penghulu Ismail mengamalkan sikap rajin dan berbudi kepada tanah. Beliau begitu rajin bercucuk tanam di atas tanah pemberian pihak Jepun, iaitu dengan menanam padi, ubi, keladi dan sebagainya.

http://adf.ly/1okqV

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan

Berdasarkan satu daripada.novel di atas, huraikan tiga persoalan serta contoh yang sesuai daripada novel tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.


Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Persoalan tentang sikap seseorang yang sanggup belot terhadap tanah air- Lamsah, seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 lahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Latnsah telah menyamar sebagai pejuang dan memburuk-burukkan Inggeris demi mendapatkan maklumat untuk Inggeris. Maklumat yang disampaikan
digunakan oleh Inggeris untuk menyerang Kampung Pasir Salak.

2. Perancanganaiaustrategiyangbaikpentingdalam perjuangan - Datuk Maharaja Lela, selaku ketua Kampung Pasir Salak bijak merancang strategi dengan membina kubu di BandarTila semata-mata untuk mengelirukan pihak Inggeris.

3. Sikap sayang terhadap anak akan kekal selamanya - Pak Wan begitu sayang akan anaknya, Mat Nor walaupun anaknya telah lama meninggal dunia. Pak Wan sentiasa teringat akan anaknya kerana jika anaknya itu masih hidup, tentu dia akan sama-sama berjuang untuk mempertahankan Pasir Salak daripada ancaman Inggeris,


Zon 2: Jimulak Kapal Perang

1. Usaha mempertahankan tanah air tidak mengenal jantina - Walaupun Andayu seorang
perempuan, dia begitu bersemangat untuk mempertahankan daerah Inanam daripada jatuh ke tangan Inggeris.

2. Perjuangan memerlukan pengorbanan - Andayu terpaksa berkorban dengan mempertaruhkan
nyawanya demi menyelamatkan Pak Cik Tidung daripada menjadi mangsa kekejaman
Inggeris.Dia telah mengekorl dan mengintip pergerakan Inggeris yang telah menangkap Pak Cik Tidung dan membawanya ke Pulau Gaya. Usahanya berhasil apabila akhirnya Pak Cik Tidung berjaya dibebaskan.

3. Sikap terburu-buru sering kali membawa padah/ bencana - Sikap Pak Cik Tidung yang panas baran dan campur tangan dalam perbalahan yang melibatkan seorang pedagang dengan
pemungut cukai Inggeris telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Walaupun dia
berjaya membunuh beberapa- orang -pemungut cukai mggeris, akhirnya dia telah ditangkap
oleh Inggeris.


Zon 3: Tragedi Empat Disember

1. Kehidupan yang penuh dengan pancaroba/dugaan - Puan Katijah yang menjalani kehidupan penuh bahagia bersama-sama anak-anak dan suaminya Encik Razali telah melalui detik-dstik hitam dalam hidupnya setelah anaknya hilang dan suaminya pula terbunuh dalam kemalangan udara.

2. Hubungan kekeluargaan mengeratkan kasih sayang - DSP Yazid, adik kepada Encik Razali yang terbunuh dalam nahas kapal terbang, seorang yang begitu rapat dengan anak-anak saudaranya. Dia juga telah bertungkus lumus untuk mengetahui berita kemalangan yang melibatkan abangnya dan menguruskan pengebumian abangnya sehingga selesai.

3. Sikap suka membantu tidak mengenal bangsa Pak Widodo dan keluarganya telah
menyelamatkan Kamarul Azam dar Razi yang ditemui di Pulau Rangsang, Pak Widodo dan
keluarganya telah menjaga kedua-dua mereka dengan baik .dan telah menghantar Azam dan
Razi pulang ke Malaysia.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Tanggungjawab mempettahankan negara - Hassan sanggup menyertai pasukan tentera
kerana ingin membela agama dan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

2. Kepentingan menuntut iltnu - Hassan begitu tekun belajar sehingga darjah lima dan ingin menyambung pelajaran di sekolah Inggeris. Walaupun hasratnya tidak kesampaian, namun dia tetap meneruskan pelajarannya dalam jurusan agama demi mempertingkatkan ilmu
dalam dirinya.

3. Kekejaman pasukan Bintang Tiga - Pasukan Bintang Tiga bertindak ganas terhadap orang- orang kampung. Ramai orang yang tidak bersalah telah dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada mereka. Isteri Hassan, ibu menlua dan anak saudara isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Bintang Tiga semata-mata kerana mereka tidak mahu menyerahkan barang-barang yang dikehendaki oleh mereka.



http://adf.ly/1okqV

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan

Nyatakan empat latar tempat berserta contoh peristiwa yang berlaku dalam novel yang anda kaji, iaitu dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 1 dan dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2.


Meniti Kaca

1. Hospital Bahagia, Janjung Rambutan, Perak
- Ibu Nazar, iaitu Mahyun telah dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak untuk mendapatkan rawatan penyakit nanar yang dialaminya.

2. Rumah Nazar
- Suasana di rumah Nazar menjadi riuh-rendah kerana jiran-jirannya datang untuk menziarahi Mahyun yang baoi sahaja pulang dari Hospital Bahagia. Mereka sibuk membaniu Pak Sahar menyediakan minuman.

Pahlawan Pasir Salak

1. Kampung Pasir Salak, Perak
- Berlakunya kisah penentangan orang-orang kampung ini terhadap Inggeris yang mahu
menjajah dan menguasai kampung mereka. Penduduk Kampung Pasir Salak diketuai oleh

Datuk Maharaja Lela.

2. Sungai Perak

- Berlakunya peristiwa berdarah apabila Seputum, seorang anak buah Datuk Maharaja Lela
telah membunuh Residen Inggeris, iaitu J.W.W Birch yang ketika itu sedang mandi di
Sungai Perak.


Limpahan Darah di Sungai Semur

1. Port Dickson, Negeri Sembilan
- Jamaluddin telah berjaya dalam temu duga menjadi tentera. Dia dan rakan-rakannya
menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson selama enam bulan.

2. Sungai Semur di Hulu Kelantan
- Koperal Jamaluddin dari Platun 12 Kompeni D Batalion Ketiga Askar Melayu dan rakan-
rakannya berhadapan dengan serangan daripada pasukan komunis di Sungai Semur. Leftenan
Hassan dan beberapa orang tentera telah terkorban dalam pentempuran ini


Anak Din Biola

1. Rumah Bonda,
- Budiman, Chong dan Chandra serta rakan-rakannya tinggal di Rumah Bonda, sebiiah rumah anak-anak yatim. Di sinilah mereka menjalani kehidupan seharian di bawah seliaan Pak Jais.

2. Sekolah Muzik Lagu Bayu di tengah kota raya
- Budiman belajar menggesek biola di sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu ini kerana dia begitu berminat dalam bidang seni. Budiman juga berhasrat untuk menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.

Tragedi Empat Disember

1. Di rumah Kamarul Azam
- Kamarul Azam memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia akan menyertai perkhemahan
pengakap dan mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sekolahnya.

2. Tanjung Pangku, Johor
- Kamarul Azam dan rakan-rakannya memulakan perkhemahan di sini. Pada waktu malam,
mereka terlihat suatu cahaya menjunam jatuh tidak jauh dari tempat perkhemahan mereka.
Tanpa pengetahuan Kamarul Azam dan rakan-rakannya, cahaya itu adalah daripada kapal
terbang yang dinaiki oleh ayahnya.


Aku Anak Timur

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
- Zarina, ibu dan adiknya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Mereka
hendak pergi ke Belanda untuk mengunjungi Encik Ali, iaitu ayah Zarina yang bertugas di Universiti Leiden.

2. Rumah kawan Niek Van Hoeve di Belanda
- Zarina yang berasa bosan kerana duduk di rumah telah mengikut Niek Van Hoeve pergi ke rumah rakan Niek untuk menghadiri majlis hari jadi. Di situ, Zarin.a melihat pergaulan bebas anak-anak muda di luar negara. Mereka merokok dan minum minuman keras. Zarina mengambil keputusan untuk melarikan diri. Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Negeri Sembilan
- Hassan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. atas kehendak datuknya, Penghulu
Ismail walaupun dia sebenarnya bercita-cita unluk menyambung pelajaran di sekolah
Inggeris.

2. Hutan Pahang
- Pasukan pimpinan Sarjan Hassan telah membuat serangan hendap terhadap pasukan
komunis yang sedang b.erkhemah di kawasan hutan Pahang. Dalam serangan itu, empat
orang pengganas komunis berjaya ditembak mati.

http://adf.ly/1okqV

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan

Berdasarkan novel yang anda kaji, Huraikan peleraian cerita dalam novel tersebut.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang anda kaji dalam Tingkatan 3.


Zon 1: Panas Salju

1. Lima tahun selepas Bushrah menjalani pembedahan imluk pemindahan hatinya kepada
anaknya, Nadhirah, akhirnya Bushrah meninggal dunia di pangkuan suaminya, Zulkifli pada jam 4 pagi. Ramai sahabat dan jirarvtetangga menziarahi keluarga Zulkifli. Zulkifli dan anak-anaknya benar-benar terasa kehilangan Bushrah yang telah banyak berkorban unluk keluarga.

2. Zulkifli mendapat tawaran kerja sebagai pengarang sastera di Mingguan Malaysia sementara Nadhirah telah bekerja di Bank Islam dan Mulyadi pula menjadi pensyarah kanan di ITM. Mereka hidup bahagia sekalipun Bushrah lelah liada dan Zulkifli tidak berkahwin lagi demi cintanya kepada isterinya itu.


Zon 2: Ekspedisi

1. Pak Salleh dijemput ke balai polis. Dia mulanya begitu marah apabila melihat Cikgu Murad dibebaskan. Pihak polis memberi penjelasan bahawa wajah penjenayah yang melakukan kegiatan haram di kawasan hutan itu mirip wajah Cikgu Murad. Cikgu Murad tidak bersalah. Walau bagaimanapun, pihak polis berterima kasih kepada Pak Salleh kerana laporannya berhubung kegiatan penjenayah itu banyak membantu pihak polis menjalankan siasatan sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.

2. Pak Salleh meminta maaf kepada Cikgu Murad atas sikapnya yang amat membenci Cikgu
Murad dan menuduhnya sebagai penjenayah. Hadi begitu gembifa kerana ayahnya telah
insaf akan kesilapannya dan berita kejayaan pihak polis dengan bantuan Pak Salleh itu
mendapat liputan meluas di radio dan televisyen.

Zon 3: Kanang: Cerrta Seorang Pahlawan

1. Kanang menyertai pasukan Gerakan Setia 8/79 di kawasan Hutan Korbu, Perak Dia berjuang tanpa berputus asa dalam memerangi pengganas.korminis. Kanang cedera dalam
pertempuran dan dimasukkan ke hospital selama sebulan. Isterinya Helen begitu selia
menjaganya.

2. Kanang dinaikkan pangkatkepada Pegawai Waran. Pada 30 Mei 1986, Kanang mengambil
keputusan untuk bersara daripada tentera. Beliau hidup sebagai orang awam dan menjalani kehidupan yang agak susah walaupun telah berjasa kepada bangsa dan negara selama 21 tahun. Kanang menerima pingat Bintara Bintang Sarawak setelah beliau bersara.


Zon 4: Merdeka! Merdeka!

1. Walaupun Inggeris berkeras mahu mengisytiharkan Malayan Union dan mahu melantik
Edward Gent sebagai Gabenor, pada 1 April 1946 satu perhimpunan besar-besaran lelah
dibuat oleh orang-orang Melayu untuk menolak Malayan Union. Datuk Onn telah bemsaha
meyakinkan Raja-Raja Melayu agar tidak menghadiri majlis perasmian Malayan Union.
Akhirnya Raja-Raja Melayu sepakat menolak Malayan Union.

2. Datuk Onn telah menyeru dan memberikan kata-kata semangat kepada orarig-orang Melayu agar terus berjuang.demi tanah air. Laungan 'Merdeka!' benar-benar menyemarakkan semangat patriotik dalam jiwa anak bangsa. Kudin terharu' apabila menyaksikan perisliwa bersejarah negara Itu.


http://adf.ly/1okqV

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 2

kita hendaklah berani melakukan sesuatu perkara demi melaksanakan sesuatu tugas. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan dua contoh sifat berani yang ditunjukkan oleh
watak-watak dalam novel yang anda kaji

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Datuk Maharaja Lela dengan beraninya telah membakar pondok yang dibuat oleh
Inggeris untuk memungut cukai daripada penduduk Pasir Salak. Walaupun tindakan
Datuk Maharaja Lela itu telah menyebabkan Inggeris semakin marah, Datuk Maharaja
Lela dan anak-anak buahnya telah bersedia untuk menentang Inggeris.

2. Datuk Maharaja Lela telah mengarahkan penduduk-penduduk Pasir Salak supaya
mengoyakkan surat kenyataan memungut cukai yang ditampal oleh orang suruhan
Inggeris di kampung mereka. Keberanian Datuk Maharaja Lela ini mendapat sokongan
daripada penduduk-penduduk Pasir Salak yang sayang akan kampung halaman mereka.


Zon 2: Timulak Kapal Perang

1. Pak Cik Tidung amat marah apabila melihat sifat berani yang ditunjukkan pegawai-
pegawai. Inggens berbalah dengan pedagang-pedagang di pangkalan. Dia akhirnya
mengambil keputusan untuk membantu pedagang-pedagang tersebut menentang
pegawai-pegawai Inggeris walaupun hanya bersenjatakan pidak (keris Bajau). Pak Cik
Tidung telah menunjukkan kehebatan bersilat untuk menentang mereka. Keberanian Pak
Cik Tidung terbukti apabila dia berjaya membunuh dua orang pegawai Inggeris.

2. Sementara Andayu pula begitu berani mengambil keputusan untuk menyiasat di mana
Pak Cik Tidung ditawan dan setelah dia berjaya mengetahui keadaan Pak Cik Tidung, dia
melaporkannya kepada Paduka Mat Salleh. Demi misinya itu, Andayu sanggup berenang
merentasi laui. yang bergelora semata-mata mahu mendapatkan maklumat tentang Pak
Cik Tidung yang ditawan dan dibawa ke Pulau Gaya.


Zon 3: Tragedi Empat Disember

1. Azam dan Razi cuba menyiasat apakah benda yang menjunam dan terhempas
berhampiran dengan tempat mereka berkhemah. Mereka berani berjalan.pada waktu
malam semata-mata untuk mengetahui apakah yang terjadi. Malah, mereka juga
merancang untuk melaporkan perkara' tersebut kepada pihak polis. Malangnya mereka
berdua telah ditangkap oleh penjahat-penjahat.


2. Antik berani mengambil keputusan untuk meminjam bot laju daripada Pak Mostar,
seorang taukeh ikan kerana mahu menolong Azam dan Razi pulang ke Malaysia. Antik
terpaksa berbohong kepada Pak Mostar dengan menyatakan bahawa dia mahu
menggunakan bol tersebut untuk menangkap ikan di tengah laut. Antik, Azam dan Razi
sanggup mengharungi lautan luas asalkan dapat sampai ke Malaysia.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Hassan bertindak berani untuk membebaskan datuknya, Penghulu Haji Ismail yang telah
ditangkap oleh Kumpulan Bintang Tiga. Hassan ditemani bapa saudaranya serta
penduduk kampung berbasikal ke Pekan Pantai untuk menyiasat kejadian yang menimpa
datuknya. Apabila sampai ke tempat tersebut, Hassan telah meluru ke kereta tempat
datuknya diikat, tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai. Walaupun Hassan tidak
berjaya membebaskan datuknya, dia bertekad untuk menegakkan keadilan.

2. Hassan dan rakan-rakannya ,yang bertugas dalam Platun 12 diarahkan melakukan
serbuan terhadap segerombolan komunis di kawasan Sungai Temenggur. Hassan dan
anggota Platun 12 dengan beraninya .telah ..{tierentasi... Sungai Temenggur dengan
pantas walaupun dihujani tembakan pengganas komunis sehinggalah mereka sampai di
tebing sungai.


http://adf.ly/1okqV

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 1

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Waktu senja - Deli selesai menolong ayahnya di gerai. Sewaktu mahu pulang ke rumah,
dia terlihat sebuah perahu meluncur di pangkalan. Lamin dan Pak Wan meminta Deli menolong mereka kerana mereka telah diserang oleh orang suruhan Inggeris.

2. Waktu malam - Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di halaman rumah Datuk
Maharaja Lela untuk mendengar ucapan beliau. Datuk Maharaja Lela memberitahu
penduduk-penduduk kampung supaya bersedia untuk menentang kehadiran Inggeris yang
mahu menjajah kampung mereka.

3. November 1875 - Berlakunya suatu peristiwa berdarah di Pasir Salak apabila Seputum
berjaya membunuh Residen British Perak yang pertama, iaitu Residen British. Peristiwa
berdarah ini mengakibatkan Inggerls menyerang Kampung Pasir Salak.


Zon 2: Timulak Kapal Perang

1. Waktu pagi - Paduka Mat Salleh menerima laporan daripada ketua pemungut cukai
bahawa orang-orang Inggeris tidak membenarkan mereka menjalankan urusan memungut
cukai di pangkalan Sungai Sugut lagi. Paduka Mat Salleh begitu marah dengan tindakan
Inggeris itu.

2. Waktu petang - Berlakunya pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan pedagang-
pedagang di pangkalan. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya telah memberikan bantuan
kepada pedagang-pedagang tersebut sehingga pergaduhan menjadi semakin besar.
Pegawai-pegawai Inggeris telah menggunakan senapang untuk menghadapi Pak Cik
Tidung dan rakan-rakannya. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya tewas dan dibawa ke
Pulau Gaya.

3. Waktu malam - Andayu dari Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya pergi ke
Pulau Gaya untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya. Akibatnya,
berlakulah pertempuran yang sengit antara mereka dengan orang-orang Inggeris.
Akhirnya, pasukan Paduka Mat Salleh berjaya membebaskan Pak Cik Tidung.

Zon 3: Tragedi Empat disember

1. Waktu petang - Keluarga Kamarul Azam minum petang bersama-sama. Kamarul Azam
memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia.akan mengikuti perkhemahan pengakap di
Tanjung Pangku untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sementara
ayahnya pula memberitahu bahawa dia akan mengikuti rombongan kerja menteri ke
negeri-negeri di utara tanah air.

2. Waktu malam minggu - DSP Yazid mendapat laporan tentang rampasan kapal terbang
HM356. Selepas itu, dia berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada lapangan
terbang iain menggunakan alat perhubungan di balai polis tersebut. Laporan tersebut
ternyata benar dan DSP Yazid terkejut apabila disahkan bahawa kapal terbang tersebut
dinaiki oleh abangnya, ayah Kamarul Azam.

3. Tengah malam Isnin - Pak Widodo telah menemui Kamarul Azam dan Razi yang hanyut
di tengah laut. Mereka telah menyelamatkan Azam dan Razi serta membawa mereka
berdua ke Pulau Rangsang di Sumatera Timur.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Awal tahun 1942 - Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Jepun telah mengarahkan
belia-belia Melayu untuk menyertai perkhidmatan tentera Jepun yang dinamakan pasukan
aiho dan oabang. Mereka juga dikehendaki menyertai pasukan polis Jepun yang dikenali
sebagai kabotai. Jepun berbuat demikian untuk membantu menjaga keselamatan dan
keamanan Tanah Melayu.

2. 14 Ogos 1945 - Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Tempoh 14
hari sebelum kedatangan Inggeris telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga untuk
mentadbir beberapa buah bandar di Tanah Melayu dengan penuh kekejaman.

3. 16 November 1953 - Pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hassan telah membuat serang
hendap ke atas kawasan perkhemahan sementara pasukan komunis di hutan Pahang.
Dalam serangan itu, pasukan Sarjan Hassan berjaya membunuh empat orang pengganas
komunis.


http://adf.ly/1okqV

2011 SPM BAHASA MALAYSIA – KERTAS 1

BAHAGIAN A

- Permainan tradisional, atau

- Industri Pelancongan

BAHAGIAN B

1. Peranan generasi cemerlang

2. Kepentingan hutan dalam kehidupan

3.Faedah membaca dalam kalangan masyarakat

4. Peranan keluarga dalam membentuk anak-anak

5. Sastera

BAHAGIAN C

- Persoalan / Konflik


http://www.andrewchoo.edu.my
http://adf.ly/1okqV

2011 PMR BAHASA MALAYSIA – KERTAS 2

BAHAGIAN A

- Pencemaran / Kepentingan Sungai / Air, atau

- Pertanian / Pelancongan

BAHAGIAN B

1. Cara-cara mengatasi disiplin pelajar

2. Modal Insan dan peranan keluarga

3. Amalan murni dalam kalangan masyarakat

4. Kesesakan / kemalangan jalanraya

5. Sastera

BAHAGIAN C

- Teknik plot / Pengajaran

http://www.andrewchoo.edu.my
http://adf.ly/1okqV

Latihan KOMSAS Cerpen Hutan Rimba

Latihan KOMSAS Cerpen Hutan Rimba

1. Berikan dua kepentingan hutan kepada manusia

JAWAPAN: Dua kepentingan hutan ialah sebagai sumber makanan dan sumber herba serta akar kayu untuk perubatan.

2. Nyatakan dua langkah lain selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan yang boleh diambil oleh Pak Tua untuk melestarikan warisan alam.

JAWAPAN: Selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan, dua langkah lain ialah memberikan penerangan tentang kepentingan khazanah alam kepada para pengunjung dusunnya. Antara langkah lain ialah bekerjasama dengan Jabatan Hutan agar hasil hitan simpannya tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://adf.ly/1okqV

Latihan Komsas Cerpen Idola

Latihan KOMSAS Cerpen Idola

1. Nyatakan tugas rutin yang dilakukan oleh penjangga Panggung selepas tamat pementasan drama?

JAWAPAN:
Tugas rutin yang dilakukan oleh penjangga panggung ialah menyusun kerusi setelah penggung kosong apabila tamat sesuatu pementasan.



2. Jelaskan mengapa hero dikagumi.

JAWAPAN:
Hero dikagumi kerana lakonannya yang mengaagumkan dan berkesan. Hero juga sangat komited dengan tugasnya sebagai pelakon.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://adf.ly/1okqV

Latihan Komsas Cerpen Pahlawan Buntung

Latihan Komsas Cerpen Pahlawan Buntung

1.Apakah kecacatan Pak Husain?

JAWAPAN:
Kaki Pak Husain buntung dan parut yang memanjang pada dahinya.



2. Berapakah usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?

JAWAPAN:
Umur Pak Husain ketika itu lebih daripada 60 tahun.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://adf.ly/1okqV

Latihan Komsas Cerpen Penanggungan

Latihan Komsas Cerpen Penanggungan

1. Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum?

JAWAPAN:
Kapten Mamat berasa amat tergaru dan penuh simpati terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum. Dia berjanji akan membela nasib mereka selagi masih hidup dan menasihati Masnah agar belajar menghadapi kenyataan yang suaminya sudah meninggal dunia.


2. Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.

JAWAPAN:
Pada pendapat saya Masnah tidak wajar terus bersedih atas kematian suaminya kerana dia perlu meneruskan hidupnya agar masa depan mereka cerah dengan mencari pekerjaan. Masnah perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasib mereka lebih terbela.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://adf.ly/1okqV

Latihan Komsas Cerpen Pungut

1. Siapakah nama sebenar Pungut?

JAWAPAN:
Nama sebenar Pungut ialah Zaharah binti Muhamad @ Yap Siew Hong.

2. Berikan dua nilai dalam cerpen Pungut @ Zaharah @ yap Siew Hong?

JAWAPAN:
Dua nilai dalam cerpen ini ialah nilai ikhlas, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas dan nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut yang cacat.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://adf.ly/1okqV

Peranan Institusi keluarga ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

Amalan ini sepatutnya bermula dari rumah kerana tanggungjawab memupuk minat membaca terletak di bahu ibu bapa.

Pendahuluan.
-Membaca jambatan ilmu.
-Faedah membaca : menambahkan ilmu pengetahuan dan membuatkan seseorang tidak ketinggalan zaman, tidak menjadi “katak bawah tempurung”.
-Ibu bapa berperanan memupuk minat membaca kerana anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di rumah, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak.
-Namun ada sesetengah ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hal ini menjadi kekangan untuk membentuk perasaan suka membaca dalam diri anak-anak.

Isi Pertama
AT : Ibu bapa wajar menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak.
AH : Persekitaran membaca yang kondusif dapat menarik minat anak-anak untuk membaca.
-Anak-anak lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dengan hanya mencarinya di tempat yang telah disediakan.
-Anak-anak dapat menghabiskan masa senggang di tempat yang disediakan sekaligus mendorong mereka untuk membaca.
AC : -Ibu bapa hendaklah menyediakan perpustakaan mini yang lengkap dengan banyak bahan bacaan yang menarik dan berbentuk ilmiah berbanding picisan.
AP : Jelaslah ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran membaca yang kondusif sebagai usaha memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.
UM : Seperti katak bawah tempurung.

Isi Kedua
AT : Ibu bapa hendaklah menerapkan perasaan membaca dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.
AH :-Kanak-kanak lebih mudah dibentuk berbanding remaja.
-Jika amalan membaca dipraktikkan dalam rutin harian anak-anak sejak kecil, amalan tersebut akan menjadi kebiasaan bagi mereka. Perasaan suka membaca juga akan terbentuk secara tidak langsung.
AC : Ibu bapa hendaklah membiasakan anak-anak menggunakan waktu senggang mereka sejak kecil. Waktu khas untuk membaca hendaklah ditetapkan seperti waktu hujung minggu.
AP : Ternyata ibu bapa bertanggungjawab menerapkan perasaan suka membaca sejak anak-anak kecil lagi.
UM :-Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-Alah bisa tegal jadi biasa.

Isi Ketiga
AT : Ibu bapa sendiri haruslah menjadi contoh kepada anak-anak.
AH :-Segala tindakan ibu bapa sentiasa diperhatikan dan menjadi ikutan anak-anak.
-Ibu bapa haruslah menjadi role model dan menjadikan amalan membaca sebagai salah satu aktiviti dalam rutin harian mereka agar anak-anak mengikut jejak langkah mereka.
AC : Ibu bapa turut serta membudayakan amalan membaca terutamanya jika ada waktu lapang semasa bersama anak-anak.
AP : Oleh hal yang demikian, ibu bapa sendiri haruslah memupuk minat membaca anak-anak dari semasa ke semasa.
UM :-Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
-Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Isi Keempat.
AT :-Menghadiri atau mengunjungi pameran dan jualan buku.
AH :-Masa lapang diisi dengan perkara berfaedah
-Eratkan juga hubungan silaturrahim
AC : Mendapat menambahkan koleksi bahan bacaan di rumah
-Dalam masa yang sama dapat tambahkan pengetahuan
AP :-Ibu bapa harus rajin membawa anak mereka menyertai ekspo dan pameran jualan yang diadakan.

Isi Kelima
AT-membeli buku-buku untuk dibaca oleh anak-anak.
AH-1.setiap bulan ibu bapa hendaklah membeli buku untuk menambahkan ilmu anak-anak dan mengikuti perkembangan semasa.
-.banyakkan bahan-bahan ilmiah yang boleh diperoleh daripada kedai-kedai buku yang berhampiran.
AC-majalah dewan masyarakat, dewan siswa dan sebagainya.
AP-ibu bapa hendaklah membeli bahan bacaan setiap bulan untuk anak-anak mereka bagi memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Penutup:
- Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menerapkan sikap suka membaca dalam diri anak-anak memandangkan anak-anak inilah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara ini kelak.
-Mereka seharusnya dilengkapkan dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling berharga untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang sangat mencabar ini.
-Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab mendidik anak-anak untuk minat membaca. “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Usaha yang berterusan untuk membentuk anak-anak suka membaca perlu dibuat agar faedah membaca dapat diperolehi.

Sumber Rujukan :
Cikgu Zainudin Dirin
Ketua Bidang Bahasa
http://adf.ly/1okqV

Peranan Institusi keluarga ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

Masalah sosial berpunca daripada sikap ibu bapa dan langkah-langkah berkesan yang dapat diambil untuk mengatasi gejala sosial.

Pendahuluan:
- masalah sosial sedang meluas di negar-negara membangun.
- Seringkali di dedahkan di akhbar-akhbar.
- Masyarakat tidak ambil pusing.
- Punca masalah ditujukan kepada ibu bapa kerana kesibukan mereka mencari wang untuk menyara keluarga.

Isi Pertama:
AT: - Ibu bapa haruslah memerhatikan gerak geri dan tingkah laku anak-anak.
AH: - memastika anak-anak bergaul dengan rakan yang betul.
AC: - mengetahu nombor telefon anak-anak serta rakan-rakannya.
AP: - Perhatian yang lebih kepada anak-anak mampu mengekang masalah ini daripada berleluasa.

Isi Kedua:
AT: - Ibu bapa haruslah menunujukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
AH: - menerangkan akibat terlibat denagn masalah ini.
AC: - Gejala rempit mengakibatkan kemalangan ngeri yang mungkin meragut nyawa.
AP: - Ibu bapa berperanan memberikan contoh yang baik dalam diri anak-anak.

Isi ketiga:
AT: - menekankan pendidikan agama sejak dari kecil.
AH: - anak-anak kecil mudah menurut kata.
-melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- agama melarang perbuatan jahat.
AC: - ibu bapa mestilah menekankan pembentukan disiplin anak-anak
- hantar ke pusat-pusat pendidikan yang sewajarnya.
AP: - ibu bapa berperanan mendidik anak-anak supaya mereka lebih arif berfikir mengenai implikasi perbuatan mereka.

Isi Keempat:
AT: - Memberi hukuman yang setimpal kepada mereka yang terlibat dalam gejala sosial.
AH: - Memberi pengajaran yang berguna supaya menyesal dan tidak mengulangi lagi.
AC: - Denda atau hukuman yang berbentuk pengajaran seperti melakukan khidmat bakti.
AP: - Langkah ini harus dilaksanakan secepat mungkin, mengurangkan peratusan dalam masalah ini.

Isi Kelima:
AT: - Mengadakan Kempen kesedaran
AH: - Dapat menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada golongan sasaran.
AC: - Iklan yang di siarkan di media massa.
AP: - Kerajaan haruslah memainkan peranan dalam usaha mengurangkan masalah ini.

Penutup:
- Semua pihak perlulah memainkan peranan
- Ibu bapa haruslah mempunyai masa yang secukupnya untuk anak-anak.
- Masyarakat harus sama membantu bukan hanya mengharapkan ibu bapa sahaja.

Sumber rujukan : Cikgu Zainudin Dirin
http://adf.ly/1okqV

Peranan Institusi keluarga ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

Institusi keluarga yang harmoni memberikan sumbangan yang besar dalam mencorakkan kecemerlangan anak-anak.

Berikan pendapat anda.

Pendahuluan
-Definisi keluarga, orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.
-Terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak.
-Institusi keluarga yang harmoni mampu hasilkan anak-anak yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dan begitu juga sebaliknya.

Isi Pertama
AT : menyediakan keadaan yang kondusif untuk membesar.
AH :- Melalui keluarga yang harmoni, ibu bapa dan anak-anak dapat bergaul dengan mesra penuh kasih sayang.
-Institusi keluarga yang goyah member kesan yang negatif kepada diri anak-anak.
-Institusi keluarga yang harmoni pula beri keselesaan dan amat sesuai bagi anak-anak membesar.
AC :- Kebanyakan pelajar yang cemerlang berasal dari keluarga yang harmoni.
AP :- Jelaslah, keluarga yang harmoni mampu menyediakan keadaan yang kondusif untuk anak-anak membesar menuju kecemerlangan .

Isi Kedua
AT : menjana pembentukan sahsiah unggul.
AH :-Institusi keluarga yang harmoni sentiasa terapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati.
-Anak-anak terdedah dengan nilai murni sejak kecil.
-Anak mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
AC :- Anak-anak yang diajar untuk hormati orang tua akan terdorong untuk terus mengamalkannya.
AP :- Konklusinya, sahsiah yang unggul yang membawa kepada kecemerlangan anak-anak mampu dibentuk melalui keluarga yang harmoni.

Isi ketiga
AT : anak-anak lebih mudah berinteraksi dengan ibu bapa.
AH :-Keluarga yang harmoni bolehkan anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa tanpa halangan.
-Anak-anak dapat berkongsi masalah dengan ibu bapa.
-Menghilangkan dalam diri dan dapat tumpukan pada pelajaran.

AC :-Ibu bapa yang sentiasa berfikiran rasional akan sentiasa mencuba membantu anaknya menyelesaikan masalah.
AP : jelaslah keluarga yang harmoni menyediakan peluang yang lebih besar untuk anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa.
UM : yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Keempat
AT : ibu bapa menjadi teladan yang baik.
AH :-Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak.
-Segala perintah dan arahan daripada ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.
-Anak-anak terdorong untuk menteladani ibu bapa sama ada kea rah kebaikan atau keburukan.
AC :-Ibu bapa yang mempunyai tahap kesantunan yang tinggi mendorong anak-anak untuk turut bersopan santun.
AP :-jelaslah keluarga yang harmoni mempunyai model ibu bapa yang amat baik untuk diteladani.

Isi Kelima
AT : anak-anak dapat tenang di rumah.
AH :-Keluarga yang harmoni mempunyai suasana yang amat sesuai untuk belajar.
-Keluarga bebas daripada pergaduhan dan pertengkaran.
-Anak-anak tidak dibebani dengan masalah dalam keluarga.
AC :-Anak-anak yang berasal dari keluarga yang harmoni pada kebiasaannya cemerlang dalam kehidupan.
AP :-konklusinya, keluarga yang harmoni menyediakan suasana yang tenang untuk anak-anak belajar.

Penutup :
-Kesimpulannya, institusi keluarga amat mempengaruhi anak-anak tidak kira dari segi akademik mahupun sahsiah.
-Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan keluarga yang harmoni bagi menjamin kecemerlangan anak-anak.

Sumber rujukan : Cikgu Zainudin Dirin
http://adf.ly/1okqV

Kempen Masyarakat Penyayang ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

“Peranan Institusi Keluarga dalam Menangani Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja”

Pendahuluan
-keluarga merupakan suatu medium yang berpengaruh dalam pembentukan akhlak remaja bermula sedari kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-tujuan menangani gejala sosial dalam kalangan remaja – objektif kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sahsiah dan akademik.

Isi Pertama
AT : memantau kegiatan anak remaja dari semasa ke semasa.
AH : sentiasa prihatin terhadap aktiviti luar anak remaja dan memberikan nasihat.
-menyelidiki tempat kunjungan mereka dan menemani mereka jika perlu.
-jangan mengongkong pergerakan mereka cuma mengawalnya sahaja.
AC :-ibu bapa meluangkan masa yang khusus seperti waktu malam untuk bertanya perkembangan anak seharian.
AP :-hal ini demikian dapat menyelamatkan anak daripada terlibat dalam masalah sosial.
UM :-mencegah lebih baik dari mengubati.

Isi Kedua
AT :-memberikan didikan agama yang mendalam
AH:-agama dapat membentuk keperibadian dan personality modal insan cemerlang.
-anak remaja dapat membezakan buruk dan baik sesuatu perkara mengikut pertimbangan minda berilmu mereka.
-budaya keluarga islam dapat mempengaruhi tindak tanduk anak renaja di luar runah.
AC:-selain mengamalkan cirri keluarga islam di rumah, kesibukan ibu bapa membuatkan mereka memberikan didikan agama melalui khidmat guru bertauliah.
AP:-jelaslah bahawa didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak remaja mereka mampu menangani gejala sosial dalam kalangan remaja yang baru mengenali dunia.
UM:-umur setahun jagung.

Isi Ketiga
AT:-meluangkan masa bersama anak.
AH :-meluangkan masa bersama anak untuk merapatkan ukhwah kekeluargaan yang terjalin.
-mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam keluarga di samping penerapan nilai murni dalam diri setiap ahli keluarga terutamanya anak remaja.
-memberi peluang kepada anak memberikan pendapat mereka dan meluahkan perasaan atau permasalahan yang dihadapi.
AC:-aktiviti riadah atau bercuti bersama anak sewaktu cuti persekolahan di tempat peranginan yang menarik.
AP :-tuntasnya masa yang terhad yang dapat diluangkan bersama anak hendaklah dimanfaatkan dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.
UM :-masa itu emas.

Isi Keempat
AT :-menguruskan keperluan anak sebaiknya.
AH :-menguruskan pemakanan, pakaian dan keperluan akademik anak sebaiknya supaya mereka tidak memberontak akibat tekanan.
-untuk memberi contoh teladan yang baik kepada anak supaya mereka mencontohi usaha gigih ibu bapa untuk merialisasikan keperluan mereka dengan harapan mereka menjadi insan yang berjaya.
-mengelakkan anak berasa terabai kerana keperluan mereka tidak diendahkan.
AC :-ibu bapa berusaha berganding bahu, bersengkang mata, keluar bekerja dengan kudrat empat kerat mereka untuk menyediakan keperluan anak.
AP :-sebagai anak, pasti timbul kesedaran di benak mereka untuk berusaha menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat serta bebas daripada gejala sosial.
UM :-keredaan Allah Terletak Pada Keredaan Ibubapa.

Isi Kelima
AT :-memberikan kasih sayang yang sepatutnya.
AH :-tunjuk kasih sayang melimpah ruah kepada anak supaya mereka berasa diri mereka disayangi.
-dapat mengelakkan anak mencari sumber kasih sayang lain dari luar rumah.
-memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
AC :-ibu bapa menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak melalui belaian mereka, penghargaan mereka dan kata-kata manis mereka.
AP :-sebagai anak, mereka akan berasa diri mereka disayangi dan tidak perlu mencari kasih di luar yang barangkali boleh menjerumuskan mereka dalam kancah sosial.

Penutup:-
Kesimpulannya, jelaslah bahawa institusi keluarga memanikan peranan penting dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.
-oleh hal demikian, institusi keluarga era moden ini hendaklah memainkan peranan supaya anak remaja terselamat daripada kancah sosial.

Sumber rujukan : Cikgu Zainudin Dirin
http://adf.ly/1okqV

Tuesday, July 19, 2011

Cerpen Hutan Rimba

Tema

Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..

Persoalan

1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah,

3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..

4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.

(ii) Perkembangan

Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.

(iii) Konflik

Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi
Plot
pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.

(iv) Klimaks

Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.

(v) Peleraian

Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.

Watak Utama

Pak Tua

 Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
 Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
 Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
 Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
Watak dan Perwatakan
 Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
 Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak Sampingan

1. Mak Tua

 Isteri Pak Tua.
 Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
 Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
 Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka..

2. Ajam

 Anak sulung Pak Tua
 Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
 Pakar dalam dunia perniagaan.
 Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
 Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

3. Bakar

 Anak kedua Pak Tua.
 Berkelulusan Sarjana Pertanian.
 Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati

 Anak ketiga Pak Tua.
 Pensyarah IPT.

5. Budi

 Anak bongsu Pak Tua.
 Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Latar Masa

1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat

1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3. Sungai Kinabatangan, Sabah

Latar Masyarakat

1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.
2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

Teknik Penceritaan / Teknik Plot

1. Pemerian
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…

2. Dialog
Contoh:
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…

3. Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…

4. Suspens
Contoh:
“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…

Gaya Bahasa

1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon
2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan…
4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…

Nilai

1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..

2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.

4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..

2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.


http://adf.ly/1okqV

Sunday, July 17, 2011

3 2 1 Cinta (2011) SDTVRip AVI/MKV/RMVB-KURYU



File Name : 3 2 1 Cinta (2011) SDTVRip AVI/MKV/RMVB-KURYU
Genre: Drama | Romance
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: Malay

PLOT MOVIE
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

http://www.teamhanna.org/?p=3558
http://adf.ly/1okqV

Saturday, July 16, 2011

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011) TS RMVB-KURYU



File Name : Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011) TS RMVB-KURYU
IMDB LINK: http://imdb.com/title/tt1201607/
Genre: Action | Adventure | Drama
Runtime: 130 min
User Rating: 8.7/10 (6,712 votes)
Country: USA
Language: English
Subtitle: None

PLOT MOVIE
The final chapter begins as Harry, Ron, and Hermione continue their quest of finding and destroying the Dark Lord’s three remaining Horcruxes, the magical items responsible for his immortality. But as the mystical Deathly Hallows are uncovered, and Voldemort finds out about their mission, the biggest battle begins and life as they know it will never be the same again.

download
http://www.filesonic.com/file/1451385211/Www.TeamHanna.Org@AB270-KURYU.rmvb

http://www.teamhanna.org
http://adf.ly/1okqV

Penting tabiat makan sihat

Profesor Madya Dr. Zaitun Yassin & Mahenderan Appukutty
Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)

Sebagai ibu bapa sudah tentu anda menaruh harapan yang tinggi dan mendoakan anak-anak anda cemerlang dalam pelajaran dan menyertai aktiviti kokurikulum agar menjadi pelajar yang cergas dan serba boleh. Anak anda sedang memasuki alam pembelajaran yang serba baru dan membina kemahiran hidup lain yang diperlukan. Anda tahu sekiranya dia cemerlang dalam pelajaran, dia akan berjaya dalam kehidupan.

Tetapi dengan segala tumpuan diberi terhadap pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum, kebanyakan ibu bapa lupa pentingnya memberi makanan dengan cara yang betul kepada anak-anak. Dengan jadual pembelajaran yang ketat, baik semasa di sekolah mahupun luar waktu sekolah, serta kesibukan ibu bapa zaman sekarang, pemakanan betul dan tabiat makan yang sihat sering diabaikan.

Ramai ibu bapa mungkin tidak sedar pentingnya pemakanan dan tabiat makan yang betul ketika anak-anak berusia antara 7 dan 12 tahun. Hakikatnya, pemakanan dan tabiat makan yang baik adalah faktor yang sangat penting untuk mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak anda, baik dari segi fizikal mahupun mental.

Pemakanan yang baik memberi manfaat kepada anak-anak dalam pelbagai aspek, termasuk:
Membolehkan pertumbuhan optimum

Pemakanan yang betul membolehkan anak-anak anda mencapai pertumbuhan yang optimum. Ia juga boleh mencegah masalah berat badan dan kekurangan nutrien seperti anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi.

Meningkatkan perkembangan kognitif

Makanan yang betul dan tabiat makan yang sihat adalah penting untuk otak kerana ia menggalakkan pembelajaran yang lebih baik, meningkatkan daya tumpuan dan perhatian, dan menguatkan daya ingatan anak anda untuk membolehkan mereka terus kekal cerdas di sekolah.

Menggalakkan perkembangan sosio-emosi
Jenis makanan dan bila anda memberi makanan kepada anak-anak juga mempengaruhi keadaan emosi dan tingkah laku mereka.

Bagaimanapun, anda juga perlu ingat bahawa pemakanan yang betul perlu disokong dengan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal adalah sama penting dengan makanan yang baik, kerana ia banyak memberi manfaat kepada anak-anak yang sedang membesar. Aktiviti fizikal akan membakar tenaga berlebihan daripada makanan dan menguatkan tulang serta otot. Ia juga membantu meningkatkan selera makan anak anda dan mengelak mereka daripada menjadi gemuk. Ingatlah bahawa kesejahteraan sosio-emosi anak anda juga bergantung kepada aktiviti fizikal. Aktiviti seperti sukan berpasukan membantu membina keyakinan diri, menyemai nilai-nilai kepimpinan dan menyumbang kepada perkembangan keseluruhan anak anda.

Makan untuk hari esok

Menyediakan pemakanan yang baik untuk anak bukan sahaja penting untuk kesejahteraan semasa mereka, malah ia juga membina asas yang kuat untuk kesihatan pada masa hadapan dan menyemai gaya hidup yang sihat.
Sebagai contoh, pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh anak anda pada usia awal mereka. Ia juga membantu menguatkan sistem imun mereka pada masa kini dan masa hadapan serta menguatkan sistem daya ketahanan semula jadi tubuh.

Pemakanan yang baik pada hari ini akan mengurangkan risiko kesihatan pada masa hadapan. Jika berat badan anak anda berlebihan, besar kemungkinan mereka akan membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang berlebihan berat badan juga. Risiko orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi, termasuk penyakit jantung, kencing manis (diabetes) dan tekanan darah tinggi. Berat badan berlebihan juga boleh menjejaskan perkembangan sosio-emosi kerana bentuk badan yang kurang menarik menyebabkan anak anda merasa rendah diri.

Apa yang anda boleh lakukan

Sebagai ibu bapa yang penyayang, anda mesti berusaha memberikan makanan yang betul kepada anak anda yang bersekolah dan menggalakkan tabiat makan yang sihat sejak kecil lagi. Ingatlah, makanan yang betul tidak bermakna memberi mereka makanan yang mahal. Pemakanan yang betul bermakna memberi anak-anak anda pelbagai jenis makanan yang seimbang, dan dalam jumlah yang sewajarnya.

Anda juga patut berusaha sedaya upaya menanam tabiat makan yang sihat dan menggalakkan anak anda kerap melakukan aktiviti fizikal. Walaupun mereka akan diajar tentang aspek pemakanan yang baik di sekolah akan tetapi anda juga harus mendidik mereka di rumah, dan tidak menyerahkan segalanya kepada guru di sekolah.

web
http://www.nutriweb.org.my.
http://adf.ly/1okqV

Friday, July 15, 2011

KUASA CINTA (THE POWER OF LOVE)

C = CERIA
I = IKHLAS
N = NIAT dan NAFSU
T = TAAT
A = AMALAN

Cr. Hj. Mohd Makhtar Imam Hj. Nor

http://adf.ly/1okqV

Wednesday, July 13, 2011

Perisian Bacaan Al-Quran



Assalamualaikum ww.

Perisian bacaan Al-quran ini saya perolehi daripada seorang sahabat. Saiz file perisian ini ialah 1.77 Gb. Perisian ini memerlukan perisian Flash Player 10 atau Flash Player 9.
Saya sudah cuba perisian ini dan dikongsikan bersama rakan-rakan ternyata perisian amat bagus, mudah digunakan, dan sesuai untuk memperbaiki bacaan. Sekiranya anda berminat dengan perisian ini saya boleh kirimkan perisian ini kepada anda. Sila nyatakan alamat anda kepada saya. Saya mohon agar kos perbelanjaan pembelian DVD dan kos penghantaran ditanggung oleh saudara, dan sekiranya anda sudah memperolehi perisian ini silalah kongsikan perisian kepada rakan-rakan anda.

Kos DVD : RM 2.00
Pos Malaysia : pilihan anda (pos laju/pos berdaftar/dll)

Sekiranya anda berminat. Tidak ada keuntungan yang saya perolehi daripada kos perbenlajaan ini, kerana kos pengangkutan atau kos pengurusan lain tidak diambil kira.

Semoga usaha ini dan usaha saudara/saudari mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT terutamanya penciptaan perisian ini.

"TIDAK ADA NIAT DI HATI SAYA UNTUK MENJUAL PERISIAN INI, TAPI SEKADAR NAK BERKONGSI ILMU"

http://adf.ly/1okqV

Monday, July 11, 2011

Kepentingan sungai Ramalan Karangan Umum SPM Bahasa Malaysia 2011

Pendahuluan:

Pada masa kini, dunia mengahadapi krisis bekalan air bersih. Hal ini demikian kerana masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar. Keadaan ini memberi kesan yang bukan sedikit kepada manusia dan hidupan yang lain. Salah satu punca air yang utama yang perlu dikekalkan dalam keadaan bersih ialah sungai.

Isi karangan:

1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan
- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman,
dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci.
- Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air bagi kegunaan domestik, Contohnya untuk bekalan minuman dan untuk menjalankan fungsi hidup sehari-hari, Sungai membekalkan air kepada kawasan pertanian untuk pembinaan empangan dan saliran, contohnya di kawasan padi. Sungai juga digunakan untuk kegunaan untuk industri seperti pemprosesan kelapa sawit dan seumpamanya.

2. Sebagai sumber bekalan -
- Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi.
- sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam
yang membekalkan sumber protein.
- hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya
sumber protein dari laut sukar diperoleh.

3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah
- Kebanyakan sungai juga dijadikan kawasan reakreasi yang menjadikan tarikan pelancongan. Contohnya, negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin. Banyak aktiviti dijalankan di kawasan ini seperti aktiviti berkayak, menjelajah hutan dan memancing. Selain itu, sungai juga digunakan untuk menjana hidro elektrik untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat.
- tempat berkelah
- aktiviti memancing
- pusat rekreasi – aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain

4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan.
sungai juga memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai denagn melakukan aktiviti menangkap hasil sunagi seperti ikan dan udang.
- resort didirikan
- gerai-gerai dibina
- rumah persinggahan

5. Sungai menjadi tempat yang sesuai untuk di bina empangan hidroelektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di Malaysia. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa ini merupakan antara penyumbang utama tenaga elektrik di Malaysia. Tanpa sungai yang menjadi tempat untuk pembinaan stesen janakuasa elektrik ini, berkemungkinan ada kebanyakkan tempat di negara kita tidak mendapat bekalan elektrik.

6. Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama suntuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Contohnya kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai salah satu cara untuk keluar dari pedalaman ke bandar-bandar utama. Di Pahang juga contohnya di Ulu Tembeling memerlukan penduduk di sana menaiki bot selama beberapa jam sebelum sampai ke jeti di Jerantut.

7. Sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air.

Kesimpulan:

-Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.

-Daripada semua kepentingan ini jelaslah bahawa setiap orang perlu memelihara sungai demi kebaikan bersama. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu wajarlah sungai dipelihara untuk generasi akan datang bagi kesinambungan kehidupan di muka bumi ini


http://adf.ly/1okqV

Sunday, July 10, 2011

Nur Kasih The Movie (2011)



File Name : Nur Kasih The Movie (2011) PPVRip AVI/MKV/RMVB-KURYU
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1932688/
Genre: Drama
Runtime: 90 min
User Rating: 9.2/10 (9 votes)
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None
http://www.blogger.com/img/blank.gif

PLOT MOVIE

This movie serves as a spin off that’s based on the much-loved TV drama series “Nur Kasih”. It centres on a religious girl, Nur (Tiz Zaqyah), who falls in love with two brothers who couldn’t be more different. Adam (Remy Ishak) is a rebel, while his older brother Aidil (Fizz Fairuz) is a filial son. A total of 5 million viewers in Malaysia tuned in to catch the series finale on TV last year, and the anticipation to catch this movie as a big screen adaptation is not only experienced by the fans of the series, but also those who are in for a good local movie that deals with, love, sacrifice and separation.

Download
http://www.mediafire.com/?9e8xza1afpz71z4

http://www.mediafire.com/?rfgzccrifhwsg0t

http://www.blogger.com/
http://adf.ly/1okqV

Saturday, July 09, 2011

Hiren Boot CD



(Tool yg sangat2 berguna utk IT expert)

Kenapa perlu Hiren Boot CD? apakah kelebihan boot cd ini? Senarai dibawah mampu memberikan korang gambaran sebenar mengenai hiren Boot CD…

Ianya sangat berguna incase kalau windows / linux korang corrupted atau bermasalah
hilang password admin, (nak crack / hack password admin)
benchmark PC korang tanpa memasuki windows
buang virus, trojan, rootkit, spyware (dan sewaktu dengannya) kalau windows tak boleh masuk (corrupted) – clean / buang virus dari DOS, atau juga dari Windows.
buat image (ghosting / cloning) hard disk / partition, applying, etc
mengubah partition size, drive letter, file system, etc
recover (dapat kan semula) file2 / partition yg telah terhapus (deleted)
defrag, scanning hard disk dan scanning ape2 sahaja device yg mungkin rosak dari DOS tanpa perlu masuk ke dalam windows.
View fail fail dari partition hard disk yg mempunyai file sistem – NTFS (Windows 2000, Windows XP, Windows NT, Windows Vista – yg menggunkan NTFS)
Edit apa-apaa je file secara Text, HEX, BIN dan etc.
Crack password BIOS.
Information ttg BIOS etc.

Kesimpulannya; hampir kesemua utitities yang diperlukan untuk configure, diagnostik, & troubleshooting dari segi hardware dan software ada dalam Hiren Boot CD. Yangg khttp://www.blogger.com/img/blank.giforang perlu tahu adalah mane tools yang perlu digunakan bagi satu-satu tujuan.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
P/S : Guna HJSplit untuk join semua file dan lepas tu extract. Tak payah nak install,cuma masuk Hiren Boot Folder-HBCD-WinTools dan doubleclick icon Autorun. Hiren Boot ni versi lama tapi masih boleh pakai..;-)
http://www.blogger.com/img/blank.gif
DOWNLOAD FILE
http://www.mediafire.com/?7okqahrf1lgj5yr

http://www.mediafire.com/?db7so0incvd9fi8

http://www.mediafire.com/?cks3o46v4y3yc9d

http://www.mediafire.com/?99tdec5jfmk2s47

http://www.teamhanna.org/
http://adf.ly/1okqV